SEMINAR ANTARABANGSA KAUNSELING ISLAM 2021

SEMINAR ANTARABANGSA KAUNSELING ISLAM (SAKI) 2021

SEDIKIT PENGENALAN SAKI 2021

Kaunseling Syarie dan Psikospiritual semakin diterima sebagai salah satu pendekatan dalam perkhidmatan kaunseling di Malaysia. Kaunseling syarie yang telah dilancarkan oleh JAKIM pada tahun 2012 mempunyai peranannya yang penting dalam menangani pelbagai isu dalam masyarakat.

Situasi semasa berkaitan penularan wabak covid-19 yang melanda Malaysia malah seluruh dunia, menjadikan masyarakat mengalami kebimbangan dan ketakutan lebih-lebih lagi apabila  Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan statistik penularan wabak covid-19 adalah meningkat dan angka kematian juga naik secara mendadak. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam hal ini menjangkakan pandemik ini akan berterusan meningkat dan bakal memberi impak yang lebih besar terhadap krisis ekonomi, sosial dan politik di seluruh dunia.  

Dalam mendepani pandemik covid-19, masyarakat di Malaysia khususnya terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah dalam kehidupan mereka seperti kehilangan pekerjaan, keganasan rumahtangga, perceraian, kemiskinan, tekanan kerja, tekanan pembelajaran malah sehingga ada yang mengalami gangguan kesihatan mental yang teruk dan melakukan percubaan membunuh diri. Di sinilah peranan kaunseling syarie dan psikospiritual Islam sangat penting bagi memberikan kekuatan minda dan spiritual kepada masyarakat agar dapat mendepani pandemik ini dengan tabah, berani, redha dan bijaksana. 

Ringkasnya, pelbagai isu dan cabaran terkini yang berlaku menjadikan peranan kaunseling syarie dan psikospiritual Islam semakin diperlukan. Ia bukan sahaja berperanan menangani isu semasa tetapi juga membantu membangunkan modal insan secara menyeluruh. Justeru itu Persatuan Kaunseling Syarie (PAKSI) dengan kerjasama Bahagian Kaunseling dan Pembangunan Insan, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Persatuan Kaunselor Pendidikan Malaysia dan Persatuan Psikospiritual Islam terpanggil untuk mengadakan seminar bagi meningkatkan kompetensi pengamal yang terlibat dengan  aktiviti membimbing serta pengkaji dan ahli akademik untuk berkongsi pengetahuan di dalam seminar berkenaan. Pelbagai isu, pengetahuan dan kemahiran akan dikongsi bersama. 

 

OBJEKTIF SAKI 2021

  1. Mendedahkan pengetahuan serta kemahiran berkaitan kaunseling Syarie, Psikospiritual Islam dan Ilaj Syarie dalam menghadapi pandemik covid-19.
  2. Menyediakan wadah untuk membentang hasil kajian dan perkongsian ilmu mengenai pelbagai isu, pendekatan dan kaedah mengatasi masalah yang muncul akibat pandemik covid-19 dalam bidang kaunseling Syarie, Psikospiritual Islam dan Ilaj Syarie.
  3. Menyediakan forum untuk membincangkan isu dan kaedah mengatasi dan mendepani cabaran pandemik covid-19 dalam bidang kaunseling Syarie, Psikospiritual Islam dan Ilaj Syarie.
  4. Membina jaringan profesional dalam kalangan pakar dan pengamal dalam bidang kaunseling Syarie, Psikospiritual Islam dan Ilaj Syarie.

 

PANGGILAN MEMBENTANG KERTAS KERJA

Tema  : “KAUNSELING ISLAM & PSIKOSPIRITUAL MENDEPANI CABARAN PANDEMIK COVID-19”

Kami mempersilakan semua para pengkaji dan penyelidik untuk membentangkan kertas kerja kajian dalam persidangan ini yang merangkumi sub tema berikut:

  • Kaunseling Syarie, psikospiritual Islam dan Ilaj Syarie dalam Masyarakat
  • Kaunseling Syarie, psikospiritual Islam dan Ilaj Syarie dalam Organisasi
  • Kaunseling Syarie, psikospiritual Islam dan Ilaj Syarie dalam Pendidikan
  • Kaunseling Syarie, psikospiritual Islam dan Ilaj Syarie dalam Keluarga
  • Isu-isu Sosial dalam Masyarakat
  • Intervensi kaunseling Syarie, Psikospiritual Islam dan Ilaj Syarie
  • Lain-lain tema yang berkaitan dengan Kaunseling Syarie, psikospiritual Islam dan Ilaj Syarie serta peranannya dalam masyarakat

#Nota: Semua pembentang yang telah disahkan untuk membentang, wajib untuk mengesahkan penyertaan dan pembayaran sebelum persidangan berlangsung

TARIKH PENTING 

Tarikh akhir penghantaran abstrak 

10 OGOS 2021 

Tarikh akhir penghantaran kertas kerja penuh 

20 OGOS 2021 

TATACARA PENGHANTARAN ABSTRAK DAN KERTAS KERJA PENUH 

Semua Abstrak dan Kertas Penuh WAJIB dihantar dalam templat yang disediakan dan disimpan dalam bentuk WORD 2003 dan tidak dibenarkan dalam PDF.

Kertas penuh TIDAK LEBIH 10 halaman dan Abstrak tidak boleh melebihi 250 perkataan

Semua Abstrak dan Kertas Penuh hendaklah dihantar ke email seminarsaki@gmail.com 

Proses penerbitan - Semua kertas kerja layak (tertakluk kepada syarat) dan akan disiarkan secara penuh dalam prosiding Penerbitan ISBN Berbilang Disiplin yang berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia

** Bagi makalah yang memenuhi kriteria dan lulus pemeriksaan oleh panel penilai Jurnal, kertas itu akan diterbitkan dalam Jurnal PAKSI 

Format abstrak dan kertas penuh

Dalam menyediakan draf kertas dan abstrak yang akan dihantar ke sekretariat simposium, sila isi syarat-syarat penghantaran abstrak dan kertas lengkap seperti yang dilampirkan.

Bahasa dalam Persidangan

Bahasa Melayu, Indonesia, dan Bahasa Inggeris sahaja

DOWNLOAD FORMAT PENGHANTARAN KERTAS KERJA DI SINI

 

SAKI juga membuka untuk PERTANDINGAN INOVASI

PANGGILAN UNTUK PERTANDINGAN INOVASI ISLAMIC PSIKOTERAPI KAUNSELING (i-PsyCOiNNO 2.0)

Kami menjemput anda yang mempunyai pelbagai inovasi, produk penyelidikan dan apa sahaja bentuk bahan yang boleh dipertandingkan mengikut subtema berikut:

  1. Intervensi Kesihatan Mental
  2. Latihan Kerja
  3. Pengurusan Sumber Manusia
  4. Kesukarelawanan
  5. Pengurusan Psikoterapi & Kaunseling
  6. Kreativiti dalam hubungan menolong 
  7. Penyelidikan dalam Psikoterapi & Kaunseling
  8. Polisi dan Pendidikan dalam Psikoterapi & Kaunseling 

Model untuk pertandingan inovasi boleh berbentuk:

  1. Modul
  2. Test Tools
  3. Buku 
  4. Peralatan 
  5. Computer System
  6. Pendidikan dan Penyelidikan
  7. Game
  8. atau apa sahaja yang boleh dipertandingakan berbentuk inovasi

MODUS PERTANDINGAN:

Terbuka kepada mana-mana kategori sekolah, institusi, organisasi dan awam

SYARAT PENYERTAAN:

  1. Produk dan hasil inovasi yang dipertandingkan mestilah berkaitan dengan proses atau bahan pembelajaran dan pengajaran serta penambahbaikan dalam amalan psikoterapi dan kaunseling terutama Pendekatan Islam
  2. Peserta dibenarkan untuk menghantar lebih dari satu. Walau bagaimanapun, bayaran bagi setiap penyertaan adalah seperti yang ditetapkan.
  3. Setiap penyertaan mesti didaftarkan melalui borang penyertaan

PENYEDIAAN BAHAN

Setiap penyertaan perlu menyediakan bahan berikut: 

  1. DIMINTA peserta menyediakan poster softcopy mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan kriteria penilaian sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. 
  2. Peserta diberikan masa 20 minit untuk sesi pembentangan online. Penyediaan bahan untuk sesi pembentangan adalah mengikut kreativiti peserta sama ada berbentuk powerpoint, pembentangan bahan secara virtual dan sebagainya.
  3. Semua pencapaian sebelum dan proses yang dirasakan penting untuk dibentangkan, boleh dibentangkan semasa sesi ini
  4. Semua bahan yang dirasakan perlu untuk pengetahuan pihak juri seperti kertas kerja inovasi, info penting dan penulisan penuh jika ada, hendaklah dikirimkan selewat-lewatnya 7 hari sebelum sesi penjurian diadakan. 

PENGHAKIMAN

  1. Peserta mesti hadir / menunjukkan / menunjukkan inovasi masing-masing di hadapan juri semasa sesi penghakiman secara online (Tarikh dan waktu akan dimaklumkan kemudian)
  2. Masa yang diperuntukkan untuk persembahan adalah maksimum 20 minit. 15 minit untuk pembentangan kumpulan, 5 minit untuk sesi soal jawab juri. 
  3. Peserta (ketua atau ahli) dikehendaki berada di dalam medium sesi online untuk sesi pembentangan kepada panel juri
  4. Pertandingan ini akan dinilai oleh juri yang dilantik oleh Jawatankuasa Persidangan. Keputusan kehakiman oleh hakim adalah muktamad dan keputusan ini diaudit oleh seorang juruaudit yang memenuhi syarat.
  5. Pemenang pertandingan akan diumumkan semasa acara penutupan dan peserta perlu berada pada masa acara untuk persembahan hadiah.
  6. Pertandingan ini diberi nilai antarabangsa

KATEGORI PERTANDINGAN:

1. Sekolah

2. Institusi Pendidikan

3. Persendirian Dan Awam

HADIAH

  • 1 unit sijil pencapaian dengan nama ketua dan ahli kumpulan
  • 1 pingat pencapaian sama ada Emas, Perak atau Gangsa

TARIKH PENTING 

Tarikh akhir penghantaran abstrak 

15 Ogos 2021 

Tarikh akhir penghantaran kertas kerja penuh jika ada

30 Ogos 2021 

DOWNLOAD FORMAT PENGHANTARAN PERTANDINGAN INOVASI DI SINI